SEGAMAT, 5 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat keperluan terlebih dahulu sebelum membekukan cuti kakitangannya di seluruh negara sebagai persediaan dalam menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut ketika ini.
PETALING JAYA, 22 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu pelan tindakan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja, bagi mengatasi peningkatan kes kesihatan mental melibatkan golongan itu.
IPOH, 21 OKT: Sejumlah 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun lalu.
PUTRAJAYA, 23 SEPT: Tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit itu dikesan di Malaysia pada 27 Mei 1999, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
SHAH ALAM, 19 SEPT: Lebih 1,300 klinik swasta mendaftar dan bekerjasama sebagai panel memberikan perkhidmatan kesihatan menerusi Skim Perubatan Madani setakat ini.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 33 klinik daif bawah Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh Selangor tersenarai untuk dinaik taraf secara berfasa membabitkan kos RM10.5 juta.
PUTRAJAYA, 22 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaik taraf dan membaiki secara berfasa 33 klinik daif yang sudah dikenal pasti di Selangor.
KUALA LUMPUR, 29 JUN: Pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
KOTA KINABALU, 25 JUN: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak menyokong usaha untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dapat dibentangkan di Parlimen dalam persidangan akan datang.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Sebanyak 39 kes kumulatif berkaitan cuaca panas direkodkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-16 hingga ME ke-23 iaitu dari 4 hingga 10 Jun lalu.
PUTRAJAYA, 16 JUN: Jumlah kes Covid-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya (ME22/2023).
SHAH ALAM, 15 JUN: Memastikan pembiayaan kesihatan mampan dan saksama antara empat tonggak Kertas Putih Kesihatan yang dibangunkan bagi mereformasi sistem kesihatan negara secara sistematik bermula tahun depan hingga 15 tahun akan datang, kata Menteri Kesihatan.
SHAH ALAM, 12 JUN: Kementerian Kesihatan menyasarkan tiada peningkatan kadar obesiti di negara ini menjelang 2025.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Seramai 336,592 pelajar perempuan Tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 belum menerima sebarang suntikan vaksin HPV setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
KOTA BHARU, 5 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan mesyuarat pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
PUTRAJAYA, 31 MEI: Bermula esok hingga 31 Mei 2024, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).
MUAR, 7 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 pada pertengahan Jun ini susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memutuskan wabak itu bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
SEGAMAT, 6 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat susulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan Covid-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.